Sonia Orbuch

Sonia Shainwald Orbuch (lahir Sarah Shainwald, 24 Mei 1925 - 30 September 2018) ialah seorang pendidik Holokus Amerika. Semasa Perang Dunia Kedua, beliau ialah seorang pejuang perintangan Yahudi di timur Polska.Sonia bersembunyi di hutan Polska bersama keluarganya semasa Perang Dunia Kedua. Beliau menyertai kumpulan partisan Soviet, dilangnamakan sebagai Sonia sekiranya beliau ditangkap, dan membantu memerangi Jerman. Selepas perang tersebut, beliau pulang ke rumah, di mana beliau bertemu dengan bakal suaminya. Selepas mempunyai seorang anak perempuan di kem pelarian di Jerman, keluarganya akhirnya berhijrah ke Amerika Syarikat.Beliau menghabiskan baki hidupnya dalam libaturus umum, bercakap tentang pengalamannya dan pada tahun 2009, menerbitkan autobiografinya, Here, There Are No Sarahs: A Woman's Courageous Fight Against the Nazis and Her Bittersweet Fulfillment of the American Dream.

Sonia Orbuch

Terkenal kerana Pejuang perintangan Yahudi ketika Perang Dunia Kedua
Meninggal dunia 30 September 2018(2018-09-30) (umur 93)
Warganegara Polska
Karya terkenal Here, There Are No Sarahs (2009)
Nama lain Sonia Shainwald Orbuch
Kelahiran
Sarah Shainwald

(1925-05-24)24 Mei 1925

Rujukan

WikiPedia: Sonia Orbuch http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://www.jewishpartisans.org/partisans/sonia-orb... https://books.google.com/books?id=eiHDCwAAQBAJ&pg=... https://www.sfchronicle.com/bayarea/article/Sonia-... https://id.loc.gov/authorities/names/no2009099039 https://www.facinghistory.org/resource-library/res... https://isni.org/isni/0000000084543643 https://viaf.org/viaf/90586143 https://www.wikidata.org/wiki/Q58174410#identifier... https://www.worldcat.org/identities/lccn-no2009099...